Thursday, September 30, 2010

Bermulanya hidupku yang baru

Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Disini saya ingin berkongsi kehidupan saya sebagai saudara baru, kisah ini bukan tipu dan bukan main2 ,semoga rakan2 dapat memberi sedikit sebanyak pandangan, sekian

Nama sebenar saya Le^#@#, berasal dari sabah dan kini menetap dan bekerja di johor bahru.
Sewaktu saya berumur klau tak silap saya 10,11 ataupun12 saya suka membaca buku2 agama dan selalu membanding-bandingkan mana yang terbaik,walaupun pada waktu itu saya beragama @#$%^ tetapi ada benda yang tak kena dalam hati malah saya tak dapat rasakan dalam diri saya. Saya tertarik sangat dengan agama Islam,tak tahu kenapa dan mengapa.... Mungkin anda dapat memberi jawapannyaaa... secara jujurnya buku yang saya baca ialah sejarah Islam tingkatan 6.
 Saya juga pergi ke sembahyang pada hari ah#d karena desakan keluarga dan juga cinta monyet. Satu perkara yang membuat saya berasa pelik ketika nak mengaku dosa2 yang telah kita lakukan. mengapa perlu asa orang perantaraan untuk kita membuat pengakuan dosa?? kenapa tak berdoa terus sahaja ??? pada masa itu saya mula tak berkeyakinan, saya mula melencong dan tak pergi ke sembahyang  setiap kali tiba masanya.
memasuki sekolah menengah saya tak lagi pergi sembahyang. klau pergi pun hanya nak jumpa girlfriend.
semakin meningkat umur saya selalu bermimpi tentang agama Islam seperti ayat2 yang saya sendiri tak tahu maksudnya malah ketika bermimpi perkara yang menakutkan contohnya hantu saya selalu menjerit dalam mimpi ALLAHU AKBAR. Saya telah menceritakan mimpi saya kepada rakan2 saya dan mereka berkata itu merupakan satu petunjuk.

Ok,cukuplah cerita waktu kecil. Saya telah meningkat dewasa dan 98% rakan2 saya beragama Islam,saya tertanya-tanya kenapa rakan2 saya jarang sembahyang malah tak ada yang tak pernah pun kecuali solat sunat aidilfitri dan solat sunat aidiladha serta solat jumaat. pada masa itu saya hairan mengapa tak dapat luangkan masa 5-10 minit untuk solat? apa susahnya? kenapa boleh melepak,menonton tv atau buat kerja tak berfaedah selama berjam-jam tapi solat yang sekejap pun tak boleh. Selepas ni saya rasa saya bole menjawabnya mengikut pandangan saya selepas ini. Saya tak pernah meneguk arak kerana saya mula mengamalkan cara hidup Islam, walaupun bukanlah 100% sewaktu kecil juga daging b@B* pun saya tak pernah makan sebelum saya tahu benda itu haram malah say pernah bergaduh dengan saudara mara saya gara2 tak nak sentuh benda tu.

 Selepas sekolah menengah saya sambung pelajaran kat pahang tetapi tak habis, di sini saya nak ceritakan sesuatu perkara yang menakjubkan bagi saya. pada malam itu saya berada dibilik asrama. pada ketika itu rakan sebilik saya sedang menunaikan solat maghrib. saya mengamati rakan saya solat dan rakan saya membaca doa2 yang sangat menusuk jiwa dan kalbu saya dengan kelunakkan suaranya. sedar tak sedar Airmata saya mengalir tanpa saya menyedari. mengapa jadi begitu?? saya sendiri tak tahu..saya balik ke negeri saya dan saya tak bekerja selama beberapa tahun, saya berdoa dalam hati kalau saya dapat kerja dan ditempatkan jauh dari rumah saya akan memeluk agama Islam dan Allah telah memberi saya peluang. saya kini bekerja di johor bahru sebagai kakitangan kerajaan.

 sampai disini cerita saya nanti saya sambung semula sebab saya perlu bekerja pada esok hari. maaf buat anda menunggu. salam